Tahun lepas di Syria...
Selepas habis bertalaqi Qur'an di pagi hari...
Anisah: Ada kelas hari ni?
Aku & Yan: Ada Pukul 10 pagi. Kami kena gerak sekrang. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.
Anisah: Cepat pergi. Kalau tak, tak sempat pergi kelas. Ada demo hari ni. Diorang kumpulkan roundabout berarak ke pusat bandar.
Aku & Yan mempercepatkan langkah ke pot menunggu "servis"ke Maahad Kiftaro. Aku sudah cuak. Aku takut. Orang arab ni agresif bila berdemo2. Nak pula sekarang, ramai yang nak jatuhkan kerajaan Syria pimpinan Abas dan harga minyak pula melonjak naik. Harga servis yang selalu naik 5 lira jadi 10 lira. Jadi tidak terfikir langsung atau teringat langsung demo ni mengenai nakbah Palestin.
Takbir!! Allahu Akbar.
Takbir!!! Allahu Akbar.
Takbir!!! Allahu Akbar.
Jalan Utama sesak dengan kenderaan-kenderaan. Bas, servis, teksi, kereta. Semuanya membunyikan hon.( Sememangnya orang arab sangat suka bunyikan hon sampai ada notis waktu2 yang tidak boleh bunyikan hon). Mengantungkan bendera2 palestin di kenderaan. Orang ramai, pejalan2 mengibarkan bendera palestin. Ada servis yang penuh dengan penumpang dan bendera2 kecil.
Aku & Yan berjalan dengan pantas di sisi jalan utama pantas. Yang kelakarnya seperti Aku & Yan yang lead demo tu sebab kami di bahagian depan mereka tapi kat tepi. hehe
Sampai2 di Maahad Kiftaro, Kak Aishah, Kak Farha, Asma', Busyra & Fieqa menanyakan tersekat x? Sebab diorg ni dah tolak awal dari rumah di Hadiqoh Sinaiyyah sebab diorg takde talaqi pagi seperti kami.
Di tepi Maahad Kiftaro, ada pameran Nakbah Palestin. Diletakkan gambar2 pejuang Palestin yang mati syahid, serta sejarah2 palestin. Memang teruja semasa masuk ke dalam khemah2 pameran. Gambar2 diletakkan di tepi dinding tangga utama. Laluan utama para pelajar. Boleh kata, satu Dimasq terasa kehangatan Hari Memperingati Nakbah Palestina.
Di Malaysia,
Macam-macam usaha telah dibuat untuk memperingati Nakbah Palestin. Dari konvesyen hinggalah ceramah-ceramah. Persoalannya, apakah masih kurang lagi kesedaran di kalangan masyarakat kita?? Atau semuanya sudah betul-betul alert dengan hari ini?
** Kan molek ada demo di depan US embassy macam time Demo Palestin tahun lepas.
** Groseri kata : Anisah = Sheikah Talaqi Qur'an
Servis = Van yang digunakan untuk ke mana-mana.
2 comments:
groseri kata atau glosari?
hehe
setahun sudah berlalu kan?
mcm baru je lg rasenye
rindunyer dimasyq.huhu
Post a Comment