Saturday 9 May 2009

Antara Komitmen dan Minat

Semasa Program PILDACIL 2009

Orang kata, bila seseorang itu ada komitmen, dia perlu ada minat supaya kerjanya berjalan dengan lancar.

Orang kata, bila seseorang itu ada komitmen, itu tidak bermakna dia punya minat.

Orang kata, bila seseorang itu ada minat, dia akan jadi seorang yang komited.

Orang kata, bila tiada minat, komitmen tidak akan ada.

Mana satu satu yang betul ni?

Bagi diri penulis, kedua-dua patah kata saling berkait rapat. Sesuatu komitmen selalunya akan dapat dilaksanakan dengan amanahnya jika punya minat.

Jika dalam melaksanakan komitmen yang ada, minat lama kelamaan akan dapat dipupuk walaupun pada peringkat awal ia tiada.

Dalam menerima sesuatu komitmen, minat mesti ada. Jika tiada, ada-adakanlah supaya lama kelamaan ia akan ada. Maka komitmen itu akan mudah untuk diterima atau dilaksanakan.

Tetapi, bila diri sudah lali dengan komitmen yang ada, adakah itu masih dinamakan sebagai minat atau ia sudah jadi ketagihan?Boleh baca entry event-holic di sini.

Tapi, kalau kena bawa usrah? Adakah perlukan komitmen atau minat?

6 comments:

Unknown said...

Kalau bawa usrah, perlukan keseronokan! =)

Raihan Mustafa KamaL said...

Sudah semestinya.. =)

cikEff said...

orang tua kata,
ada 10sen bagi 10sen.
nak bawa usrah perlukan komitmen.
ianya proses yg pannnjangg..
kite tak nampak hasil depan mata.

sofiyyah said...

komitmen semestinya ^-^
nice entry ..ngee

ammar azhar said...

slm ziarah...kt mana boleh dapatkan video pildacil ari tu? ada sesiapa buat rakaman x?

Raihan Mustafa KamaL said...

wassalam.
Ada je. haritu kitrg colobrate dgn masjid. ada rakaman yang dibuat.