Thursday, 28 May 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Novel Tarbiyah yang sangat bagus untuk dibaca oleh semua. Aku habiskan masa dalam 4 hari untuk khatamkan 2 buku ini. (Rasanya boleh ja nak habiskan dalam masa 1 hari tetapi ada kelas dan tanggungjawab lain, maka novel ini dibaca semasa sebelum tidur). Walaupun novel-novel ini memang ada di rak buku di rumah selama ini, baru minggu lepas tergerak untuk membacanya selepas Kak Aishah rekemen. Ni gara-gara lagu tema filem Ketika Cinta Bertasbih.

Ketika Cinta Bertasbih....

Sangat hebat pengorbanan seorang abang sulung dalam menggantikan bapanya yang sudah meninggal dunia. Aku sangat kagum dengan sifat anak sulungnya sehingga aku rasa adakah aku mampu menjadi sepertinya. Dia pantas mengajar adik-adiknya. Menjaga adik-adik. Menjadi sumber inspirasi dan sebagainya.

Sangat hebat.

Aku tersentuh bila Ayatul Husna membacakan puisi indah untk Abangnya Azzam bertajuk "Kau Mencintaiku".

Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa

Ada juga babak pabila Anna memberikan syarat kepada bakal suaminya, jika mahu dikahwininya mestilah dia tidak berpoligami selama mana perkahwinan mereka masih utuh. Adakah Si Anna mengharamkan poligami? Adakah Anna lulusan Azhari menidakkan hukum Allah? Jawapannya, kena baca sendirilah dan memang benar dan tepat arguement yang digunakan. So, bolehlah nak jadikan modal kepada semua wanita di sana.

P/S: Adakah filem yang akan keluar bulan Juni ini sama seperti novel-novel aslinya? Sama-sama kita nantikan.

4 comments:

aMiNah said...

Kakak!
Ulat buku...
Pasni leh lah akak usul syarat time kawin~
Hehe...

[ Nazihah ] said...

bukan time kawen ye..sebelum kawen..
harap maklum..
kalau dah kawen dah tak sempat dah

Raihan Mustafa KamaL said...

kak nazihah,
mestilah. syarat dibuat utk berkahwin.

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

perh..i wish i can finish my books in 2 days too! (4 bahagi 2)