Monday 4 June 2007

Charge Battery!!


Memang setiap manusia akan mengalami satu titik di masa, semotivasi mana pun individu itu, dia akan berada di satu kedudukan di mana individu tersebut akan terasa lemah tiba-tiba.(kosong).

Itu normal. Seperti roda,kejap berada di atas dan kejap berada di bawah. Cuma yang membezakan kita antara manusia yg lain ialah, sejauh mana dan sepantas mana kita hendak naik daripada titik persamaan= titik kemurungan itu. Mungkin ini juga dapat saya kaitkan dengan diri dan rakan-rakan seperjuangan yang cuti 3 bulan ni.

Bagi yang biasa aktif dalam program di matrik.,biasalah, ada saja kerja yang akan dibuat, pergi ke STAD contohnya....bila cuti, kita akan rasa tak senang duduk. Ada sahaja yang ingin kita lakukan. Kemudian, lama kelamaan, bila sudah bercuti ni..kita akan mula dan berasa seperti malas. Menghabiskan masa 3 bln.

Tapi sedar tak sedar. Pejam-celik-pejam celik, sudah hampir 2 bulan dan kini surat tawaran dah dapat. Terasa amat malas mahu mengisi acceptance letter dan form-form yang berkaitan.

"Dah baca offer letter?"
"Dah. Aku highlight mana yg penting."
"Dah bank-in? "
"Belum "
"Dah isi form? "
"Belum "
"Aik..gaya macam x nak masuk univ aje..."


Jadi jika anda turut mengalami situasi yang sama, jangan cepat melatah. Tindakan anda adalah normal. Lagi-lagi hampir 2 bulan sudah bercuti daripada bergelar seorang pelajar.

Tetapi, cepat-cepatlah kita tersedar. Sebagaimana saya katakan tadi. bagaimana kita berubah dari titik kemurungan tadi, kitalah yang perlu membuat tindakan(masa).

Saya nasihatkan kepada kekawan dan juga diri ini agar:-

1)Take time, jangan bagi diri kita terkejut secara tetiba.

2)Bagikan dan suntikkan motivasi di dalam diri dari sekarang dan secara sedikit-sedikit.

3)Settlekan apa yang perlu seperti bank-in dan sebagainya secepat yang boleh. Jangan tunggu last-last minute.

4)Setkan dalam minda kita akan masuk univ bulan 7 ni...agar minda, physical n mental kita ready.

Bila semuanya settle, pasti kita akan senang dan bersedia untuk bergelar seorang pelajar lagi sekali.

Jadi, diharapkan, bateri kita semua akan tercharge semula.

Renung-renungkan. Selamat beramal..

5 comments:

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

aik cam kenal je "charge bateri"..
neway sila2 la charge batery2 anda semua ye =)

As said...
This comment has been removed by the author.
As said...

yuhuu..betul!!..
masa2 cuti saya gunakan untuk menyiapkan kerja2 untuk program bersama adik2 di sekolah lama..Setiap hari saya sibuk menghadap laptop dan kadang2 terpaksa meninggalkan rumah berhari2 untuk program2. Sehinggakan ibu menegur,

"kakak, duduk rumah pun sibuk buat kerja lagi? Bawak2 lah berehat masa2 cuti ni, non stop working nampaknya."

"ibu, kakak tak biasa duduk diam saje.."

hehe. Sedikit yang dikongsi. Benarlah seperti kata RasuluLLah, segalanya biar sederhana. Jangan terlalu bersenang lenang, jangan terlalu hectic. Biarlah seadanya. Nway rehan, keep it up!

Raihan Mustafa KamaL said...

Boleh charge bateri di mana-mana.

FabulouswithAs said...

huhu..dah 2bln?rse cm bru kjp je kan...neway slmt masok gombak~