Wednesday, 16 May 2007

BELIA & ANCAMAN SOSIAL

Sambungan semalam…

Pendaftaran bermula pukul 10 pagi. Antara peserta yang hadir ialah wakil-wakil daripada MPP, IPT, wakil-wakil NGO, wakil-wakil gabungan, dan pegawai KBS negeri. Dan buat pertama kalinya, saya berada di dalam program yang terdiri daripada ramai lelaki di mana peserta hampir dalam 70 orang dan hanya adalah 7 orang wanita sebagai peserta. Tetapi itu tidak menjadi sebarang masalah. En Mohd Sukor - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Konvensyen Belia Kebangsaan – Sidang MEja Bulat Belia 2007-mengatakan selalunya lelaki menjadi pemimpin dan sebab itulah banyak wakil yang dihantar adalah lelaki. Bunga-bunga yang ada sedia memberi semangat dalam program..

Taklimat telah diteruskan di dalam Ballroom 1 Hotel de Palma. Kami diagihkan kepada 3 kumpulan untuk sesi seterusnya. Kerana sesi seterusnya adalah sesi perbentangan kertas kerja.

Tema bagi slot ini ialah Belia dan Ancaman sosial. Pada mulanya, saya amat terkejut kerana ada 3 kertas kerja yg akan dibentangkan dlm 1 jam setengah. Sempatke? Rupa-rupanya, kami akan dibahagikan kepada 3 kolompok dan sesi seterusnya akan digabungkan ketiga-tiga tajuk perbentangan secara ringkasnya.Di sini perbentangan kertas kerja dilakukan oleh speaker jemputan. Antara tajuk yang dibincangkan ialah
1) Peranan Pertubuhan Belia Membanteras Gejala Sosial.
2) Permasalahan Beliawanis di Malaysia dan
3) Belia & Aktiviti Masa Lapang.

Saya telah terpilih untuk kumpulan perbentangan tajuk 2. Kertas kerja telah disampaikan oleh YBhg. Puan Hafidzah Ahmad Abbas. Beliau merupakan seorang pegawai dan tenaga peganjar di Politeknik Ungku Umar dan merupakan Penolong Setiausaha National Council of Women’s Organization Malaysia (NCWA).

Beliawanis? Pada mulanya saya juga tertanya-tanya apakah maksud beliawanis kerana ini adalah pertama kali saya mendengarnya. Beliawanis bermakud belia wanita.

Makanya telah ditakdirkan, dalam lingkungan 30 org berada di dalam kumpulan ini. Ada 4 meja bulat dan Dan hampir ¾ meja adalah lelaki. Jadi di sini, saya dapat rasakan bukan hanya masalah beliawanis ini perlu diselesaikan oleh beliawanis sendiri tetapi peranan daripada belia juga adalah penting kerana mereka juga adalah ketua rumah tangga.
Puan Hafidzah telah memberikan satu perbentangan kertas kerja yang menarik.
Daripada intipati yang dapat saya kongsikan ialah, masalah beliawanis ini sebenarnya berpunca drpd, 1) lokasi 2) kurang mampu 3) kurang penghayatan.

Puan Hafizah menceritakan pengalamannya. Beliawanis amat mudah terpengaruh. Sebagai contoh, dia pernah mengajar di sebuah politeknik di Port Dickson, yang terletak berhampiran pantai. Di pendekkan cerita, disebabkan di situ adalah pusat perlancongan, dan tentu terdapat banyak hotel yang didirikan disepanjang pantai, memudahkan aktiviti tidak sehat berlaku dengan berleluasa. Pelajar-pelajar perempuan lalu ‘bwh pagar’ untuk keluar secara senyap-senyap pada malam hari. Ini adalah fakta yang diambil daripada pengalaman beliau sendiri.

Kedua, kebanyakan beliawanis yg terpengaruh ialah mereka yang kurang berkemampuan. Maksudnya mereka ini berasal daripada keluarga yang susah. Disebabkan demikian, golongan mereka ini mudah terikutkan lelaki yang lebih mampu daripada mereka yang mampu memberikan kekayaan dalam sekelip mata.

Dan ke3, kurang penghayatan. Tidak kira agama dan fahaman, pastinya mereka mengajak kepada kebaikan. Kekurangan ilmu spriritual (rohani) menyebabkan jiwa mereka lemah dan terkancah dan terjebak dalam masalah-masalah sosial.

Puan Hafizah mengariskan panduan bagaimana untuk memupuk golongan yang rapuh ini,1)mendekati 2)memupuk 3) memberi perhatian 4)guide 5)didik dan ajar

Jadi, kita sebagai belia dan juga pemimpin perlulah bijak menyususn strategi kita dlm menangani masalah ini. Sebagai contoh, sebagai langkah permulaan langkah pemimpin, Pn Hafizah telah memberi contoh apa yg telah berlaku dalam diari AF5. Disebabkan saya tiada Astro dan bukanlah peminat sfanatik Akademi Fantasia saya agak terkejut juga dengan apa yang diceritakan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang pemimpian yang berpangkat menteri, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said. Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah turun padang. YB telah meberikan satu talk yg berunsur motivasi kepada penghuni rumah AF. Beliau menekankan peranan mereka sebagai idola belia. Mereka perlulah tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat supaya dapat memberi contoh kepada belia-belia yang sedia ada.

Saya sebenarnya agak tidak bersetuju dengan cara ini. Ia seolah-olah kita mengagongkan-agongkan budaya hedonisme yang sekarang dapat kita lihat semakin menjadi-menjadi. Tetapi bila difikir semula, bagaimanakah antara cara yang boleh kita lakukan untuk menarik belia-belia yang ‘bermasalah’ ini, melalui hiburan atau AF mungkin salah satu inisiatifnya.

Satu lagi Formula yang menarik yang boleh dikongsi ialah FORMULA MAWI. (Mungkin Pn HAfizah merupakan seorg peminat AF)

M- Memimpin diri dengan Ilmu
A- Akhirat dan Dunia Diimbangi
W- Wajib menuntut ilmu bagi Muslimin dan Muslimat
I- Insan berilmu banyak kawan dan berfikiran Tinggi

Pada akhir slot, sesi Q & A dijalankan. Yang menarik yang saya rasa perlu dikongsi bersama ialah, masalah pelacuran yang semakin berleluasa di KL terutama di Brickfield. Saudara Guna, wakil YMIC ( Macam Pemuda MIC) menceritakan dia sendiri telah turun ke tempat itu dan melihat masalah ini memang berleluasa. Pihak polis yang ada si sekitar hanya melihat. Sehingga ke satu tahap Saudara Guna sendiri telah pergi ke Balai dan membuat laporan tetapi dia telah disoal.. “Awak siapa?” “ Who are you?” Kak Uma juga ( wakil St John) menyatakan dia juga banyak kena pergi ke area sana di bilik-bilik hotel sambil membawa stretcher kerana banyak berlaku pendarahan.

Jadi serius juga masalah yang dihadapi oleh beliawanis di negara ini. Seserius mana bergantung kepada apakah tindakan kita selanjutnya. Semakin berkurang atau pun semakin bertambah….

Sebelum mengakhiri slot ini, kami telah diminta oleh moderator, Pn Haliza (Tokoh Wanita Johor) untuk memperkenalkan diri, dari institusi mane dan jawatan.

Slot pertama tamat, dan menyusul makan tengahari dan check in . Pada masa ini, semua peserta mengambil peluang untuk berkenalan antara satu sama lain dan saya sempat berkenalan pegawai dr Sabah, Pn Norma(Tokoh Wanita Sabah) (Teringat pula program baktisiswa di Sabah Mac lalu), wakil Pandu Puteri Selangor, Pn Haliza, Kak Nadiah, wakil PAndu Puteri Malaysia, Kak Sam, MPP UKM, Nadia wakil Matrikulasi Malaysia dan Kak Uma dari St John.

Slot seterusnya diteruskan pada pukul 2.30 ptg. Kesemua peserta dikehendaki duduk di dalam kumpulan yang sama dan diberikan tugasan untuk membuat satu resolusi ataupun cadangan yang bolelh diusulkan ke Kementerian Belia dan Sukan berdasarkan perbentangan kertas kerja yg dibentangkan sebelum ini. Dan kami dikehendaki untuk menghantar seorang wakil untuk membentang dalam sesi seterusnya.

Perbincangan pada mulanya bergerak perlahan , mungkin semuanya asyik untuk menyusun dan memikirkan kata-kata dan idea di dalam kepada. Setelah diberi guideline oleh moderator kami, perbincangan kami semakin rancak. Pelbagai idea dikeluarkan dan dilontarkan.

Hasil perbincangan kumpulan kami, dapat dirumuskan isu pertama yang disoalkan ialah pendidikan.. Kak Uma berpendapat sistem pendidikan di sekolah rendah perlulah diberi lebih penegasan. atau dalam erti kata lagi strict.

Puan Norma pula berpendapat Penerapan nilai murni dan civic di Tadika sangat penting.

En Zawi ( Pegawai KBS) berpendapat Pembangunan Insan yang seimbang dari segi fizikal, rohani dan jasmani sangatlah perlu dalam menangani perkara seperti ini.

Kita selalu mendengar di mana ada bunga, disitulah kumbang. Di mana ada kumbang disitulah bunga.

Makanya, perbincangan ini melihat, lelaki juga memainkan peranan yang sangat penting. Mereka ingin mengusulkan supaya diadakan Kementerian Lelaki. Saya dan peserta wanita yang lain agak tidak bersetuju. Pada pandangan kami, tidak perlulah diwujudkan kementerian tersebut, tetapi mungkin dalam kementerian yang sedia ada Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat perlulah diletakkan satu bahagian khas khusus untuk lelaki.

Akhirnya, kami bersepakat memilih Saudara Guna untuk membentangkan hasil perbincangan kami kepada semua peserta.

P/S: Bersambung lagi...

No comments: