Slot malam bermula pada pukul 8.30 malam.. Seperti slot tengahari tadi, 3 tajuk, 3 kumpulan. Malam ini bertemakan : Belia & Dunia Global. Antara tajuk yang dibentangkan ialah:
1) Belia & Kerjaya
2) Belia & Ancaman Media Global
3) Belia & Pengurusan Bencana
Seperti kumpulan sebelum ini, saya berada di kumpulan 2 mendengar perbentangan kertas kerja tajuk 2. Tajuk ini pada hemat saya sangat menarik. Kertas Kerja dibentangkan oleh Dr Marzuki, seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang media cetak lebih kurang 20 tahun.
Di sini, dibincangkan mengenai impak media kepada belia dan negara. Sebagai contoh, kita telah dihebohkan oleh Akhbar pada Isnin yang lepas mengenai dakwaan kononnya Pak Lah jatuh pengsan di sebuah program. Berita tersebar dengan pantas dan akhbar juga telah menyangkal dakwaan tersebut. Menurut Dr, jika hal ini berlaku, ada kemungkinan saham-saham syarikat yang besar mampu jatuh merunum dalam masa yang singkat akibat daripada propaganda yang ditimbulkan oleh media.
Contoh yang lain, ialah Puteri Diana. Puteri Diana telah dipropagandakan oleh media dan akhirnya dia mati juga kerana media. JAdi maknanya, impak media sangatlah besar dalam mempengaruhi belia negara kita.
Dengan pelbagai rancangan dari luar,yang tidak sesuai dengan budaya kita, mampu mengubah pemikiran belia di negara ini.
Dr Marzuki juga telah mengajak kami berfikir bagaimana kita hendak membudayakan belia positif dalam ancaman media global.
Antara budaya-budayanya ialah:-
1) Budaya feudalisme kepada budaya sikap egaliter
2) Budaya ‘mujur’+ senang kepada budaya ‘mujur’ + kerja keras
Sikap egaliter bermaksud menempatkan manusia pada kedudukan setara, tanpa memandang status keturunan, kekayaan, jabatan, pendidikan, agama atau suku.
Ini bermakna, budaya ini mengamalkan toleransi di antara semua tanpa mengira kedudukan. Budaya ini perlulah dididik dari peringkat kecil lagi.
Budaya ‘ mujur’ + senang bermaksud semua benda yang kita lakukan dan peroleh adalah kerana takdir dan dengan cara mudah.
Budaya ‘ mujur ‘ + kerja keras pula bermaksud benda yang kita lakukan dan peroleh adalah atas keringat dan usaha keras daripada kita.
Budaya seperti amatlah penting dalam melahirkan belia yang lebih maju dan tegar cabaran.
Sesi diakhiri dengan Q & A.
Slot seterusnya diteruskan dengan diskusi. Semua peserta diminta membincangkan isu-isu yang berkaitan, strategi dan memorandum yang ingin dihantar ke Kementerian Belia & Sukan. (Semuanya dibuat secara general)
Perbincangan bermula dengan rancak. Semuanya melontarkan idea. Kemahiran moderater yang bijak mengawal keadaan tatkala ada peserta yang menyimpang jauh daripada objektif sebenar diskusi.
Seorang pencatit diminta untuk menaip hasil perbincangan. Pn Norma telah dipilih. Peserta lelaki bersepakat meminta peserta wanita pula yang mewakili kumpulan ini semasa perbentangan besar nanti.
No comments:
Post a Comment