Friday 29 June 2007

Peguam?Apa buruknya?

Hari ini aku membaca entri Izzah
www.lailatulmawardah.blogspot.com , Peguam?Apa buruknya?.

Aku tertarik dgn apa yg dinyatakan oleh Izzah dlm blognya itu. Memang aku juga selalu ditanya begitu. Sememangnya tidak dinafikan, memang begitu juga situasi yg pernah aku alami. Pernah sekali tatkala aku bersama seorg ibu temanku yg mengambil jurusan sains. Ibu itu bertanyakan aku apakah pasti aku mahu mengambil undang2. Dengan yakin aku katakan, Ya.

Teringat pula, antara beberapa point yg selalu di kata2kan oleh sesiapa yg agak prejudis dgn dunia undang2 ini.

1) Kenapa Malaysia tidak gunakan hudud sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara islam mengikut perlembagaannya.

2) Apakah tidak bermoral bagi seorang peguam yg mewakili orang yang mmg bersalah tatkala perbicaraan

3) Jika benar undang2 islam dilaksanakna, masih lagi tidak berpandukan hukum Allah, cthnya zina/ berkhalwat, kene bayar denda.

Itu adalah antara persoalan yang selalu ditimbulkan. dan sememangnya, perkara ini juga yang diterangkan oleh lecturer2 kami di dalam kelas semasa aku di matrik dahulu.

Aku teringat Mdm Mizan, mengajar aku Introduction to Law, mengapa undang2 hudud x dilaksanakan di Malaysia. Utk melaksanakan hukum hudud, salah satu syaratnya ialah hukum itu perlulah difahami oleh society yg berada di bawah lingkungan hukum hudud itu. Maksudnya, kalau kaw A nak laksanakan hukum hudud, penduduk2 kawasan A perlulah faham akan hukum hudud itu. Jika tidak, hukum itu x boleh dilaksanakan. Di sini, peranan pendidikan dan kesedaran perlulah diberikan.

Dan mengapa undang2 di Malysia kadang2 tidak berunsur islamik(sesetengahnya, x semua). Perlu diingatkan, setiap undang2 yg dilaksanakan di Malaysia perlulah melepasi tahap2 di Dewan rakyat dan Dewan Negara sebelum dilaksanakn. Bill itu perlulah mendapat 2/3 undian majoriti dewan. Dan perlu diingatkan tidak semua ahli dewan merupakan org islam. Dan jika ada, x sume memahami erti islam sebenarnya. makanya dapat disimpulkan oleh lecturer kami, "To change the law, we must be in it" So, maybe dengan menjadi ahli dewan salah satu cara mewujudkan hukum hudud di negara ini.

Dari segi membela org yg salah. Masyarakat akan berfikir apalah gunanya peguam ni yg membela org yg bersalah,tidakkah itu dituduh bersubahat. Perlu diingatkan dlm law, "no one is guilty untill he is proven guilty" dan kedua-dua pihak berhak bersuara. Dan lagi satu, tugas peguam bela akan melakukan check n balance. Dialah yg akan memastikan secara tidak langsung dakwaan itu benar atau pun boleh menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yg dikenakan.

Honestly, aku juga agak takut pada mulanya utk memasuki dunia law ini. Tetapi, Allah tidak akan letakkan kita di sesuatu tempat jika Dia x tahu apa kemampuan kita. Perlu diingatkan bidang ini bukanlah hanya medan utk berkata2 semata, tetapi kebijaksaan akal dlm menafsirkan apakah itu law sebenarnya.

One more thing yg menarik psal law, laws can be changed. Again..LAWS CAN BE CHANGED. Jadi x mustahil jika 10 tahun atau 20 tahun akan dtg...undang2 islam di malaysia berubah menjadi lebih baik daripada hari ini. Seandainya wujud golongan2 yg berani membuat perubahan walaupun sedikit mulai detik ini.. Sedikit2 lame2 jadi bukit...

P/S: Semoga semua kawan2 ku yg sejurusan denganku mampu menjadi antara golongan yang mampu melakukan sesuatu kepada undang2 di Malaysia khasnya dan dunia amnya..Amin..

Selamat bermula Semester 1 07/08, Aikol.

4 comments:

NuRizZ said...

hurm,
saya cuba nak bawa pembaca blog rehan untuk cuba amati satu kisah di zaman Rasulullah. sgt tepat utk dikiaskan bagi menjalankan hudud.

ada seorang lelaki di zaman Rasulullah datang berjumpa baginda dan mengaku bahawa dia telah berzina. rasulullah seakan tidak percaya sehingga baginda berulang kali bertanya :

"tahukah dia apa itu zina, iaitu ibarat celak masuk ke dalam bekasnya?" atau mungkin kamu hanya bersentuh-sentuhan?"

lelaki itu menjawab bahawa dia berzina dan rasulullah masih menyuruhnya pulang untuk betul-betul fikirkan sama ada dia berzina atau tidak.

apa yang saya cuba katakan, sampai begitu Rasulullah mahu semua orang faham setiap cabang dalam hudud bukan hanya sekadar tahu tetapi faham dengan terperinci. islam itu agama yang adil. adilkah andai kita menjatuhkan hukuman pada mereka yang tak tahu menahu pasal hudud? begitulah apa yang dilakukan Rasulullah.

kesimpulannya, bukanlah saya menentang hukum hudud, langkah pertama yang perlu diambil adalah diperkenalkan apa itu hudud kepada semua lapisan umur dan masyarakat terlebih dahulu.kemudian setelah semaksimum usaha telah dibuat,barulah adil untuk menjalankan hudud kepada semua orang.

p/s: untuk anda yang lebih arif, andai ada komen saya ni yang salah, harap dapat beri teguran. sekadar pendapat saya dan apa yang saya pernah belajar.

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

hem..dan kita perlukan orang2 yg faham Islam ni jadi pandai dalam bidang law supaya mereka boleh menerangkan kepada masyarakat apekah kepentingan hukum syariah dan aplikasinya dalam seluruh aspek hidup, baik ekonomi, jenayah dan sebagainya, bukan hanya pada perkahwinan dan harta pusaka sahaja.

Raihan Mustafa KamaL said...

Benar kata saudara hambamu...

Unknown said...

Sy duduk spm thun dpan , n sy minat law , klu sy nk ambik bidang law , apa yg perlu sy buat lpas spm ?